Sunday, 19 May 2019

BAB 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN


BAB 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN

RUMUSAN

 Kesimpulannya, mengurus pembelajaran adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru kerana jika guru tidak menguruskan dengan baik maka aktiviti pdpc yang guru laksanakan tidak akan menjadi. Pengurusan pembelajaran perlulah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu pembelajaran mestilah lebih berpusatkan pelajar, guru hanya sebagai fasilitator atau pemerhati yang bertanggungjawab untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh selari dengan Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK 21).

Aktiviti yang dijalankan tidak semestinya berlaku di dalam kelas sahaja, guru boleh melakukan aktiviti di luar kelas untuk menarik minat pelajar melakukan aktiviti. Contoh, guru boleh melakukan aktiviti di padang atau bawah pokok mengikut kesesuaian subjek. Guru juga perlu menekankan tiga aspek dalam pengurusan pembelajaran iaitu apa yang guru perlu lakukan sebelum, semasa dan selepas kerana ia merupakan salah satu cara yang menjadikan pengurusan pembelajaran itu berjaya atau berkesan sekaligus mencapai objektif yang diperlukan.
Setiap perkara ada cabarannya yang tersendiri begitu juga dengan mengurus pembelajaran. Cabaran dalam mengurus pembelajaran ini boleh berlaku kepada guru mahupun pelajar itu sendiri. Sekiranya cabaran ini tidak dapat diatasi dengan betul maka objektif yang diperlukan tidak akan tercapai. Contoh, cabaran dari pengurusan masa kerana guru terlalu banyak melakukan kerja pengkeranian yang menyebabkan guru lewat atau tidak masuk ke dalam kelas.
Setiap guru perlu melahirkan lebih banyak idea kreatif dan inovatif dalam pengajaran yang dilakukan kerana sikap penerimaan pelajar terhadap aktiviti yang guru jalankan berubah-ubah. Idea-idea baru untuk aktiviti pengajaran di dalam kelas perlu diaplikasikan dari semasa ke semasa. Ini akan menarik minat pelajar untuk belajar dan dalam masa yang sama teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif harus sesuai dengan pdpc pelajar di dalam kelas. Oleh itu, pengurusan pembelajaran sangat penting bagi guru dalam melahirkan pelajar yang boleh menguasai semua bidang.

RUJUKAN


Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman & Zainal Ariffin Ahmad. 2006. Pengantar Pengurusan. Universiti Sains Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Balndfors, Sonia. (1999). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Sekolah ( Bahariah
Charles B. Klasek. (1972). Instructional media in the modern school. London:  Professional Educators Publications

Fayol, H. 1988. General and Industrial Management. London: Pitman.

Gay, L.R. (1985). Educational Evaluation And Measurement. London: A Bell & Howell

James Ang Jet Ing. 2017. “Kehendak Pendidikan abad ke-21” dalam Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. 2017. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus Dewan. Edisi Ketiga. 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2006). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Subang Jaya:
Multimdia-ES Resources Sdn. Bhd.

RUJUKAN

BAB 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN

      Pengurusan dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah penting dalam proses pembelajaran  dan pengajaran di dalam kelas. Guru memainkan peranan yang penting dalam menguruskan, mengarahkan, mengelola keadaan kelas itu sendiri. Murid- murid akan menunjukkan minat mereka untuk belajar apabila mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Selain itu, beberapa pendekatan boleh digunakan dalam mengurus pembelajaran iaitu termasuklah pendekatan deduktif, pendekatan induktif dan pendekatan elektif dan pendekatan komunitif. Melalui pendekatan deduktif guru akan mengajar terlebih dahulu. Sesi soal jawab dan latihan pengukuhan akan dilakukan sejurus sahaja tamat sesi pengajaran. Hal ini akan membuatkan para pelajar lebih mengingati apa yang diajarkan oleh guru.   Pendekatan induktif pula melibatkan merupan satu proses penakulan yang tinggi dan mentafsir maklumat. Guru- guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh- contoh khusus dan tambahan supaya murid lebih memahami. Murid- murid akan dibimbing oleh guru dalam sesi soal jawab.Seterusnya, gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif melibatkan proses pendekatan elektif. Melalui pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana ini akan memudahkan murid- murid untuk lebih memhami apa yang diajarkan. Maksudnya di sini ialah guru- guru boleh memberi sumber alat bantu mengajar supaya murid- murid boleh mempelajari terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Mereka juga boleh mencari maklumat tambahan di rumah dengan melayari internet sekiranya ada soalan yang kurang difahami. Ibu bapa di rumah juga boleh memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar kepada anak- anak dan mengajar mereka supaya mereka akan lebih bersemangat untuk belajar. Pendekatan   komunikatif pula mengutamakan kemahiran komunikasi serta kecekapan murid- murid dalam berkomunikasi. Pengajaran ini dimulakan  dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai. Hal ini disebabkan oleh para pelajar mempunyai masalah penggunaan Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengadakan hari Bahasa di sekolah pada hari- hari tertentu dengan mengarahkan kepada para pelajar untuk berucap di khalayak orang ramai. Apabila mereka lebih berkayakinan untuk berucap, penggunaan Bahasa mereka juga akan menjadi lebih kukuh. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar pula dapat dilihat apabila guru memainkan peranan yang yang utama dalam proses pengajaran di dalam bilik darjah. Di dalam kelas guru yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar.  Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Ciri kepimpinan guru adalah bersifat demokratik. Murid pula digalakkan memberi pendapat mereka. Guru perlu mengutamakan dan mengumpul bahan alat bantu mengajar. Oleh itu, murid dapat memahami konsep dan teori yang diajarkan oleh guru. Para pelajar akan tertarik dengan cara pengajaran yang diajarkan oleh guru sekiranya guru menggunakan alat bantu mengajar yang baik.


RUJUKAN

Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian dan Motivasi Murid Sekolah Menengah Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.7, Bil.1. :11.23.

Wan Hasmah Wan Mamat & Nur Munirah Teoh Abdullah. (2013). Pembelajaran Aktif. Selangor : Utusan Printcop Sdn. Bhd.

Silberman, M. (2004). Pembelajaran Aktif 101 Strategi Untuk Mengajar Apa Jua Subjek. (Zainab Othman, Penterjemah). Selangor : Johan Interlink Sdn Bhd.


PETA MINDA



BAB 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN

BAB 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN RUMUSAN   Kesimpulannya, mengurus pembelajaran adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru ker...